NBUC TAWAR KURSUS BERKEMAHIRAN TINGGI

KOTA KINABALU : Kolej Universiti Borneo Utara (KUBU) atau lebih dikenali North Borneo University College (NBUC) dan Geomatika College Keningau (GCK) yang bernaung di bawah Kumpulan Pendidikan Geomatika (Geomatika Edu Group) mengadakan majlis Konvokesyen kali-3 Tahun 2022 di sini baru-baru ini.

    'Shaping25: Imagining Education-Talent Tranformation' yang menjadi tema konvokesyen kali ini melakarkan hala tuju NBUC dan GCK untuk terus kekal cemerlang di masa hadapan. Seiring Industri Transformasi Pendidikan Tinggi 2015-2025, NBUC-GCK mencipta nilai baru dalam landskap pendidikan. 

   Pengukuhan program berteaskan sains, teknologi dan kejuruteraan serta pemerkasaan Sistem Pendidikan Teknikal & Latihan (TVET) adalah langkah yang amat wajar diberi penekanan. Ini kerana bidang ini dapat membantu Sabah dalam melahirkan bakat dan kemahiran ke arah pembentukan teknologi fasa baru. Presiden merangkap Pro Canselor NBUC, Datuk Prof. Datuk Sr. Dr. Mohaizi Mohamad berkata NBUC dan GCK akan bergerak seiring perkembangan industri digital dan Rancangan Malaysia Ke-12.

   Katanya, ia melibatkan pengaplikasian teknologi, robot automasi, metaverse, analisis data maya, teknologi drone, Artificial Intelligence (AI) dan pendekatan humanistik dalam pelaksanaan tugas seharian. Justeru katanya, NBUC dan GCK akan menambah baik serta memberi nilai tambah di dalam setiap program pengajian yang ditawarkan kepada pelajar bagi memenuhi kehendak pasaran sejajar dengan hasrat kerajaan.

   NBUC kini memiliki 5 fakulti dan satu institusi kemahiran dengan kapasiti 1,334 pelajar tempatan dan 830 pelajar antarabangsa. Empat lagi fakulti dibangunkan pada masa terdekat bagi memenuhi keperluan pasaran kerja di Sabah. Seramai 1,342 graduan bergraduasi beserta dua orang penerima Honorary Professor Adjunct Award, seorang penerima Professorship Award, Seorang penerima Honorary Doctorate Award serta tiga penerima Associate Professorship Award. Ia disampaikan oleh Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr) Hajah Norlidah Tan Sri R.M Jasni selaku Canselor North Borneo University College. (Sumber: Utusan Borneo, Jumaat-1 April 2022).

 

Keratan Akhbar Utusan Borneo : Jumaat, 1 April 2022

Super User

Latest News
  • Sandakan beauty Tati Frenerietta Sobitun is the 2022 Queen Unduk Ngadau Kaamatan +

    Sandakan beauty Tati Frenerietta Sobitun is the 2022 Queen Unduk Ngadau Kaamatan North Borneo University College (NBUC), as one of the official sponsors of Unduk Ngadau Kaamatan Sabah State Level 2022, would like to congratulate the winners. Well done and Congratulations! Johan Unduk Ngadau Kaamatan 2022: Tati FRENERIETTA SOBITUN (Sandakan)1. Obtained NBUC Read More
  • NBUC Iftar donations 2022 +

    Iftar Donation NBUC April 13 - North Borneo University College - NBUC donated Iftar food to Alamesra Police Station and Kota Kinabalu City Mosque.The donation to Alamesra Police Station was presented by Prof. Associate Professor Doretty R. Jiroh (C.E.O NBUC) & Ms. Ezana Jamal (Borneo Read More
  • Panduan Menghadapi Minggu 'Study Week' +

    Panduan Menghadapi Minggu 'Study Week' Kebanyakan pelajar-pelajar NBUC waktu ini sedang dilanda resah kerana musim peperiksaan akan menjengah. Seperti biasa, sebelum musim peperiksaan kita akan diberikan minggu 'study week'. 'Study week' dalam Bahasa Kebangsaan ialah minggu belajar. Jadi, sepanjang minggu ini para pelajar akan belajar Read More
  • NBUC TAWAR KURSUS BERKEMAHIRAN TINGGI +

    NBUC TAWAR KURSUS BERKEMAHIRAN TINGGI KOTA KINABALU : Kolej Universiti Borneo Utara (KUBU) atau lebih dikenali North Borneo University College (NBUC) dan Geomatika College Keningau (GCK) yang bernaung di bawah Kumpulan Pendidikan Geomatika (Geomatika Edu Group) mengadakan majlis Konvokesyen kali-3 Tahun 2022 di sini baru-baru ini. Read More
  • Menjunjung Kasih Canselor North Borneo University College +

    Menjunjung Kasih Canselor North Borneo University College Borneo Post : Menjunjung Kasih kepada YABHG TOH PUAN DATUK SERI PANGLIMA (DR) HAJAH NORLIDAH BINTI TAN SRI DATUK R.M JASNI, CANSELOR North Borneo University College - NBUC, yang telah menyempurnakan Majlis Istiadat Konvokesyen NBUC-GCK ke-3, pada 17 Mac 2022, bertempat di Read More
  • North Borneo University College's 3rd Convocation Ceremony +

    North Borneo University College's 3rd Convocation Ceremony 17th March 2022 – This convocation ceremony was attended by Chancellor of NBUC, YABhg. Toh Puan Datuk Seri Panglima (DR) Hajah Norlidah Binti Tan Sri Datuk RM Jasni and President of the University Prof Datuk Sr Dr Mohaizi Mohamad. According to Read More
  • MoU Between SME Sabah and NBUC +

    MoU Between SME Sabah and NBUC 23rd February – North Borneo University College (NBUC) has officially sealed Memorandum of Understanding (MoU) with Small and Medium Enterprise Association of Sabah (SME Sabah). This MoU enable NBUC and SME Sabah to use their best endeavors to co-operate and collaborate Read More
  • Mini Convocation at Istana Negeri +

    Mini Convocation at Istana Negeri North Borneo University College Wishes and Congratulations to all Recipients of Honorary Doctoral Degrees on 13 December 2021, at the Sabah State Palace. The presenter of the Honorary Doctoral Degree Award was presented by YABhg Toh Puan Datuk Seri Panglima Read More
  • NBUC Food Bank gives benefit to underprivileged students +

    As many as more than 300 North Borneo University College students will be benefit from the NBUC Students Food Bank Programs. This Programs was managed by Student Affair Division (HEP). implementing the Students Food Bank was very timely especially at Read More
  • Education scholarship worth RM35,000 for the winner of Unduk Ngadau Kaamatan 2021 from NBUC +

    Congratulations Maya Hejnowska & all winners of Unduk Ngadau Kaamatan 2021 ! Wish you guys all the best. "...Hejnowska also picked up RM66,830 worth of prizes including RM25,000 in cash and an education scholarship worth RM35,000 from North Borneo University College, Read More
  • 1
  • 2