Panduan Menghadapi Minggu 'Study Week'

Kebanyakan pelajar-pelajar NBUC waktu ini sedang dilanda resah kerana musim peperiksaan akan menjengah. Seperti biasa, sebelum musim peperiksaan kita akan diberikan minggu 'study week'.

'Study week' dalam Bahasa Kebangsaan ialah minggu belajar. Jadi, sepanjang minggu ini para pelajar akan belajar habis-habisan. Minggu peperiksaan pula biasanya berjalan selama tiga hingga empat minggu. Beruntunglah bagi mereka yang jadual peperiksaan mereka kurang padat. Mungkin seminggu hanya ada satu atau dua kertas saja. Dan sakit sedikit lah bagi mereka yang ada kertas peperiksaan berturut-turut atau yang sadis lagi bila ada dua hingga tiga kertas dalam masa sehari.

Tips 1 : Rancang 'Study Week'
Perancangan yang rapi amat penting kerana 'gagal merancang, merancang kegagalan'. Sesetengah pelajar akan jadi panik dan kelam kabut sebab ada banyak benda belum disiapkan. Contohnya, 'Assignment' tidak disiapkan, 'Assignment' belum dihantar, masa minggu 'study week' baru kelam kabut untuk siapkan semua. Oleh itu, pastikan semuanya telah diselesaikan dan beres. Kemudian barulah boleh menumpukan sepenuh perhatian dan fokus pada 'study' saja di minggu 'study week' ini dan tidak perlu memikirkan perkara lain.

Tips 2 : Bina 'Environment' Kondusif
Kalau dah namanya 'study week', janganlah 'study' atas katil. 'Confirm study' lima minit, tidur sejam. Jadi, seeloknya binalah suasana yang selesa untuk 'study'. Kalau selesa 'study' dalam bilik asrama silakan. Jangan tergoda dengan katil sudah. Lagi seronok kalau dapat tukar-tukar. Contoh pagi tu 'study' di perpustakaan supaya masa tu boleh fokus dalam keadaan otak yang segar. Selepas itu petang 'study' di dekat asrama pula.

Tips 3 : Ajak Kawan Study
Luangkan sedikit masa untuk 'study group', cuba luangkan masa untuk saling tolong-menolong antara kawan-kawan. Contohnya, bertukar-tukar bertanyakan soalan dan memberi jawapan. Cara ini mungkin berkesan bagi subjek yang perlu banyak menghafal. Tapi ada sesetengah pelajar yang lebih selesa 'study' sendiri sepanjang minggu 'study week'.

Tips 4 : Jaga Kesihatan
Ini sangat penting, kerana kita tidak mahu jatuh sakit ketika minggu peperiksaan, maka pastikan jaga kesihatan betul – betul. Kalau rasa sakit cepat-cepat jumpa doktor takut melarat. Badan kita ni kalau ‘overused’ pun bahaya juga. Jadi, setelah sepanjang hari 'study', bawalah berehat sekejap. Jangan lupa untuk rehat lepas sejam 'study'.

Tips 5 : Tidur Awal dan Bangun Awal ketika ada Peperiksaan
Selalunya bila masuk minggu 'study week', tidur pun jadi tidak menentu sebab kita kalau boleh 24 jam mahu belajar semata – mata. Jadi pastikan tidur cukup barulah keesokan harinya kita rasa segar dan semangat nak belajar. Sehari sebelum peperiksaan, pastikan tidur awal dan bangun awal sebab selalunya sehari sebelum peperiksaan memang ramai yang tak cukup tidur.

Tips 6 : Berdoa
Ini persediaan untuk rohani kita, pastikan kita berdoa supaya dipermudahkan segalanya. Kita sudah usaha dan berdoa 'last' sekali tawakal.

Yang penting adalah kita tahu apa kekuatan dan kelemahan diri kita lalu kita optimumkan kekuatan dan seimbangkan untuk mengatasi kelemahan kita. Semoga berjaya dalam peperiksaan final universiti.

 

(0 Votes)

Super User